Warunghibah.com adalah satu-satunya platform yang menggabungkan konsep pengiklanan, e-dagang dan sistem Affiliate yang turut memberi mata ganjaran pasif dalam bentuk mata hibah/ bonus hibah dengan cara yang sangat mudah. Di e-dagang ianya menjual produk dan menawarkan mata ganjaran hibah percuma kepada pembeli. Ia kemudiannya mengembangkan lagi mata hibah tersebut di sistem Affiliate.
Konsep iklan ini menjurus kepada “menjual, terima bonus, kembangkan nilai bonus”. Namun ia telah mengambilkira segala syarat berpandukan konsep shariah yang menegah segala aktiviti riba, penipuan, gharar atau ketidakpastian serta tiada unsur-unsur lain yang bertentangan dengan konsep shariah.
Malah, pelan pemasaran telah direka setelah mengambil kira pelbagai faktor bagi mengatasi kelemahan sistem rangkaian terdahulu yang sering memberi kelebihan kepada pihak syarikat berbanding secara adil kepada semua ahli dan juga syarikat.
Faktor paling penting adalah anda bermula dengan mata ganjaran hibah secara percuma (hasil pembelian produk dengan harga pasaran biasa atau runcit), tiada sebarang yuran pendaftaran dan dengan mata ganjaran itulah anda mula kembangkan nilai mata ganjaran secara gandaan dan juga konsep duplikasi. Bermakna, diperingkat awal lagi anda sebenarnya tidak terlibat dengan sebarang elemen yang bertentangan dengan konsep shariah. Malahan anda berupaya menerima mata ganjaran bonus hibah pula di peringkat Affiliate yang berpotensi menunjukkan kuasa sebenar konsep gandaan yang bermula kecil tetapi secara konsisten meningkat kepada satu angka besar hanya dalam beberapa tempoh sahaja. Ia mungkin dalam tempoh kurang sebulan atau mungkin juga dalam tempoh beberapa bulan. Segalanya bergantung kepada keyakinan dan usaha mudah anda.
Antara kelebihan langsung bagi anda yang menyertai platform ini adalah seperti berikut:
1) Platform e-dagang yang menjual pada harga runcit tetapi memberi mata ganjaran hibah sebagai satu bentuk penghargaan kepada semua pelanggan kami.
2) Platform e-dagang turut membuka peluang kepada para peniaga (seller) untuk mempromosi produk mereka disini secara percuma dengan potensi pendapatan tambahan selain daripada jualan secara terus dengan pembeli.
3) Mudah bagi pelanggan untuk mengumpul 20 mata ganjaran hibah bagi melayakkan pelanggan mendapat satu lot akaun di sistem Affiliates bagi menggandakan dan mengembangkan mata ganjaran hibah tersebut melalui 2 jenis bonus iaitu Hibah Bonus Menaja (HBM) dan Hibah Bonus Jualan (HBJ).
4) Mempunyai potensi limpahan ahli (spill over) di setiap Fasa 1 hingga 3. Ini memberi kelebihan kepada ahli kerana terdapat potensi limpahan kepada semua ahli dibawah yang dapat manfaatkan keseluruhan ahli kecuali yang tidak aktif atau tidak menaja langsung.
5) Terdapat konsep gandaan bonus bermula daripada fasa 1 hingga 3 bagi meningkatkan nilai bonus di fasa 1 hingga 3 walaupun bermula 20 mata hibah tetapi berpotensi mencapai insentif (hanya maksima 250,000 mata hibah bagi setiap akaun yang layak dikeluarkan) mengikut bilangan tajaan sehingga 3 orang ahli baru disyaratkan bagi setiap akaun.
6) Terdapat konsep dimana ahli menerima 3 kali bonus daripada ahli yang sama di 3 fasa. Kaedah ini berpotensi memberi pulangan insentif yang mudah dan menarik.
7) Syarat mudah untuk menaja kerana tiada yuran pendaftaran ahli, hanya perlu membeli produk dan berkongsi peluang dengan orang lain.
8) Ahli-ahli yang tidak menaja langsung tetapi ingin untuk terus membeli produk juga masih boleh menerima mata ganjaran hibah kerana setiap pembelian boleh memberi mata hibah percuma atau terkumpul sehingga 20 mata hibah untuk akaun baru/tambahan.
9) Ahli-ahli yang aktif menaja antara 1 hingga 3 orang ahli baru atau lebih berpotensi menjana mata bonus maksimum iaitu sehingga 250,000 mata bonus untuk setiap akaun.
10) Terdapat insentif “tambahan” iaitu berupa satu akaun baru yang dikhaskan kepada ahli yang super aktif iaitu yang aktif menaja 10 ahli baru layak dapat 1 akaun baru percuma setiap 10 ahli baru.
11) Bilangan akaun ahli disyorkan kepada 4 akaun serentak bagi memaksimakan penerimaan bonus hibah dan potensi pendapatan bonus hibah. Bagaimanapun, setiap akaun memerlukan emel yang berbeza dan nama akaun juga berbeza.